Pada 19hb. April 2013 (Jumaat) bertempat di Bilik Gerakan Bunga Mawar, MDSB telah diadakan Program Ceramah yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohgni bin Asrori.
Ceramah adalah berkaitan tentang " Hati ". Diantara perkara-perkara yang merosakkan hati dan merosakkan kehidupan seseorang iaitu, Hati yang keras, mata yang tidak peka, sikap tamak dan sentiasa berkira serta panjang angan-angan seseorang.
Hati yang keras – tidak boleh menerima teguran atau nasihat dari orang lain.
Mata yang tidak peka – tidak mahu melihat kebenaran Allah S.W.T
Sikap tamak atau kedekut – dijadikan manusia itu tamak sehingga tiada masa beribadah, sibuk dengan perkara dunia sehingga lupa akan akhirat.
Panjang angan-angan – suka berangan sehingga tidak menerima takdir Allah S.W.T.
Penceramah juga memaklumkan dan menasihatkan supaya seseorang itu perlu melakukan solat kerana ia boleh menjadikan hati seseorang menjadi lembut.
Diantara perkara-perkara yang boleh membawa manusia ke syurga:
• Beriman kepada Allah – dengan membaca hadis-hadis.
• Membantu Allah S.W.T/ Memuliakan Islam – dengan mengamalkan solat, meninggalkan perkara yang dilarang dan membaca Al-Quran
• Memuliakan Nabi – Membaca Al-Quran di bulan Ramadhan.
• Mengikut apa yang diperintah oleh Allah S.W.T seperti yang terkandung dalam Al-Quran.
Turut dimaklumkan dengan membaca Al-Quran boleh melembutkan hati seseorang dan senang menerima nasihat. Program tersebut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan, bahagian, unit dan semua kakitangan MDSB yang bergama Islam.