KAEDAH / PERINTAH
-
Kaedah-kaedah Pekerja Kelakuan & Tatatertib (Majlis Daerah Sabak Bernam) 1995
- UUK ini digubal untuk mengawal perkara-perkara yang berkaitan dengan disiplin kakitangan dan pegawai Majlis.
- Ia memperincikan secara khusus tindakan yang boleh dikenakan kepada kakitangan dan pegawai sekiranya didapati telah melakukan perkara-perkara yang merupakan suatu kesalahan di bawah kaedah-kaedah ini atau mana-mana undang-undang lain seperti yang diputuskan oleh Majlis.
-
Perintah Tetap (Mesyuarat) MDSB 2007
- Perintah ini digubal untuk memastikan perjalanan mesyuarat Majlis samada mesyuarat biasa atau khas supaya sentiasa dalam keadaan terkawal dan berjalan lancar mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
-
Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukkan Tempat Letak Kereta) MDSB 2007
- Perintah ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan peruntukan mengenai tempat letak kereta dalam kawasan Majlis.
- Ia bertujuan untuk mengawal aliran lalulintas dan mendidik pengguna supaya meletak kereta di petak tempat letak kereta yang disediakan di samping memastikan pengguna membayar caj yang dikenakan.
- Ia juga menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis bagi melaksanakan tindakan penguatkuasaan termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah perintah ini.