MENU

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj bersama Tengku Permaisuri telah berangkat melawat Sekinchan pada 22 Mei 2017 (Isnin). Antara kawasan lawatan Tuanku ialah di Restoran Hao Xiang Chi Seafood, Ah Ma House, Galeri Padi, Kilang Khind, Bagan Nelayan Sekinchan dan Kilang MASRI.

Antara tetamu yang mengiringi Tuanku ialah Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman, Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor, Y.B. Dato' Iskandar bin Abdul Samad, Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping, Y.B. Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Y.B. Puan Dr. Daroyah binti Alwi, Y.B. Tuan Amirudin bin Shari , Y.B. Tuan Zaidy bin Abdul Talib , YB Tuan Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan, YB Tuan Haji Sallehen bin Mukhyi, ADUN Sabak, Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YDH Dato’ Haji Baharin bin Mat Akhir, Orang Besar Daerah Sabak Bernam, Ahli-Ahli Majlis MDSB, Encik Awaluddin bin Zakaria, Setiausaha MDSB, Ketua-ketua Jabatan, Ketua Kampung, dan penduduk sekitar.

 

 

Aturcara program adalah seperti berikut :-

 

8.30 pagi        :           Ketibaan Para Jemputan dan Tetamu

 

9.00 pagi        :           Keberangkatan Tiba DYMM Sultan Selangor

 

                        :           Sembah Taklimat oleh Tuan Pegawai Daerah Sabak  

                                 Bernam

 

                      :          Santapan pagi

 

10.00 pagi     :           Sesi lawatan bermula – bergerak ke Ah Ma House

 

10.15 pagi     :           Lawatan ke Galeri Padi dan Kilang Padi

 

10.45 pagi     :           Lawatan ke Sawah Padi

 

11.15 pagi     :           Lawatan ke Kilang Khind

11.45 pagi     :           Lawatan ke Bagan Nelayan Sekinchan

 

12.15 tgh      :            Lawatan ke Kilang MASRI

 

                     :          Santapan tengahari

 

                     :          Penyampaian Cenderahati

 

1.15 petang  :            Bersurai

 

 

Kemaskini Terakhir: Rabu, 23 Ogos 2023 - 9:56pm